Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

OP SELAMAT 18: TIMBALAN KPN TERUSKAN TINJAUAN ALIRAN TRAFIK MELALUI UDARA

Subang Jaya, 3 Mei 2022 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Razarudin Husain meneruskan tinjauan aliran trafik melalui udara sempena pelaksanaan Op Selamat 18, petang tadi.

Ketibaan beliau di Pasukan Gerakan Udara (PGU) Pangkalan Semenanjung telah disambut oleh Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), CP Datuk Wira Mat Kasim Karim sebelum bersama-sama memulakan penerbangan pada jam 12.00 tengah hari.

Tinjauan yang mengambil masa hampir 3 jam meliputi Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) menghala ke selatan dengan menaiki helikopter Agusta Westland AW139 milik PGU yang diketuai oleh Juruterbang, Superintendan Shaifuddin Mohd Noor dan dibantu Penolong Juruterbang, DSP Mohd Nur Khail Mohd Zaini bersama pemerhati udara, Sarjan Jagjeet Kaur Kakar Singh serta Sarjan Luke Rengga Anak Unjah.

Dalam pada itu, Timbalan KPN berkesempatan singgah seketika di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka meraikan sambutan Aidilfitri bersama sebahagian warga kerja Polis Melaka. Kehadiran beliau disambut oleh Timbalan Ketua Polis negeri, SAC Datuk Razali Abu Samah di Mes Pegawai Kanan IPK Melaka.

Sepanjang tinjauan dilakukan, keadaan lalu lintas di lebuh raya berada di tahap memuaskan dan terkawal.

Jurugambar: Inspektor Muhamad Asiff Jamaldin dan Lans Koperal Bryanlie Mustin

May be an image of 2 people, outdoors and text that says 'KELUAR KASIM POLIS'

May be an image of road

May be an image of bridge and road

May be an image of bridge, road and tree

May be an image of 10 people and outdoors

May be an image of sky and skyscraper

May be an image of road

May be an image of road and nature

May be an image of road and sky

May be an image of 1 person

May be an image of 2 people and sky

May be an image of 1 person, standing, outdoors and text that says 'POLIS 3'


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS