Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

[ARTIKEL PILIHAN] VIDEO TULAR: POLIS CARI PEMILIK KERETA PANDU LAWAN ARUS

Georgetown, 10 Mei 2022 - Polis sudah menerima maklumat berhubung video sebuah kenderaan dipandu secara lawan arus di Jalan Penang di sini yang didakwa berlaku pada Sabtu lalu. Video itu selama 10 saat yang dirakam menerusi kamera papan pemuka sebuah kenderaan dimuatnaik ke Facebook oleh seorang pengguna. Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan V Saravanan, berkata pihaknya sedang mengesan pemilik kenderaan terbabit bagi tindakan lanjut. "Polis sudah terima (maklumat) tetapi kita masih dalam proses mengesan pemilik kenderaan terbabit dan masih menyiasat," katanya ringkas ketika dihubungi menerus WhatsApp. Menerusi video yang dirakam pada jam 6.05 petang itu, sebuah kereta berwarna merah dilihat dipandu secara melawan arus antara Jalan Penang ke Jalan Burmah, di sini.
Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../polis-cari-pemilik-kereta...

Sumber: Berita Harian

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS