Kuantan, 26 Mei 2022 - Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi (JLog), CP Dato’ Seri Sahabudin Abd. Manan mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Polis Pahang, CP Dato’ Ramli Mohamed Yoosuf di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, di sini, hari ini.
Kunjungan hormat tersebut bersempena Majlis Penutup Seminar Pengurusan Tertinggi Logistik Tahun 2022 yang diadakan bermula 23 Mei 2022 dengan melibatkan pegawai kanan polis di seluruh negara.
Hadir sama, Ketua JLog Pahang, Superintendan Mohamad Rosli Kadir.