Putrajaya, 27 Jun 2022 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani menghadiri perjumpaan bersama Menteri Dalam Negeri (MDN), Dato' Seri Hamzah Zainudin di Wisma Kementerian Dalam Negeri, di sini, hari ini.
Perjumpaan ringkas tersebut adalah bagi membincangkan hala tuju dan strategi dalam memperkasakan lagi kawalan sempadan negara.
Turut hadir, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, CP Dato' Sri Hazani Ghazali dan Pengarah Cawangan Khas, CP Dato' Sri Zamri Yahya.