Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

POSTING PILIHAN: PENGARAH JPJKK SEMPURNAKAN MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN KURSUS ASAS JURULATIH KOR KADET POLIS DAN KOR SUKSIS TAHUN 2022

Marang, 8 Ogos 2022 - Majlis Perasmian Penutupan Kursus Asas Jurulatih Kor Kadet Polis dan Kor Sukarelawan Polis Siswa/Siswi (SUKSIS) Peringkat Zon Timur Tahun 2022 telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK PDRM), CP Dato’ Aidi Ismail di Dewan Arked, Unit 6 Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) Wakaf Tapai, di sini, pada jumaat lalu.

Kursus yang bermula sejak 1 Ogos lalu itu melibatkan seramai 28 dari Kontinjen Polis Pahang, Terengganu dan Polis Kontinjen Kelantan.

Antara pengisian kursus tersebut termasuklah latihan kawad, pengendalian senjata api dan cara penggunaan kompas.

Hadir sama, Ketua Polis Terengganu, DCP Dato’ Rohaimi Md Isa, Ketua Penolong Pengarah Koordinasi Sumber Sokongan JPJKK Bukit Aman, SAC Azhan Abdul Halim dan Ketua JPJKK Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu, ACP Noor Halim Nordin.

Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS