Kuala Lumpur, 9 Ogos 2022 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani hari ini menghadiri Mesyuarat Kali Ke-42 Jawatankuasa Am Sempadan (GBC) Malaysia-Indonesia (Malindo) di Dewan Perkasa, Wisma Perwira
Angkatan Tentera Malaysia dekat sini.
Mesyuarat tersebut dipengerusikan bersama oleh Menteri Kanan Pertahanan, Dato' Seri
Hishammuddin Hussein bersama Menteri Pertahanan Republik
Indonesia, Letnan Jenderal Tentera Nasional Indonesia Purnawirawan
Prabowo Subianto.
Mesyuarat tahunan tersebut antara lainnya membincangkan isu-isu berkaitan operasi, latihan, perisikan dan pendidikan selain kerjasama kepolisian dan sosio-ekonomi bagi kedua-dua buah negara berjiran.
Di sebelah malamnya pula, Tan Sri Acryl Sani dijangka menghadiri Majlis Makan Malam GBC Malindo di Hotel Mandarin Oriental, di sini.