Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

ARTIKEL PILIHAN: DUA DITAHAN ROSAK BENDERA, POSTER PH, PN

Kuala Lumpur, 7 November 2022 - Polis Diraja Malaysia (PDRM), semalam menahan dua individu, masing-masing di Kedah dan Pahang kerana merosakkan bendera dan papan tanda parti politik.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam PDRM, CP Dato’ Sri Hazani Ghazali, berkata individu ditahan di Taman Kota Nelayan, Kuala Kedah, Kedah, itu didapati membakar bendera dan menoreh khemah Perikatan Nasional (PN), menggunakan senjata tajam.

Bagi kes di Pahang pula, katanya, seorang individu ditahan kerana merosakkan papan tanda dan poster Pakatan Harapan (PH) di lampu isyarat dekat simpang masuk ke bandar Triang.

"Kedua-dua kes disiasat di bawah Seksyen 4A(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5), 427 Kanun Keseksaan (KK) dan 435 KK," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bharian.com.my/.../dua-ditahan-rosak-bendera...

Sumber: Berita Harian




PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS