Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

[ARTIKEL PILIHAN] PRU-15: PIHAK TERLIBAT SECARA LANGSUNG DALAM PRU-15 PERLU BERTANGGUNGJAWAB DENGAN TINDAKAN PENYOKONG

Kuala Lumpur, 8 November 2022 - Pihak yang terlibat secara langsung dalam proses Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) perlu memikul tanggungjawab dalam mengendali dan menguruskan sentimen penyokong masing-masing agar tidak berlaku insiden seperti di Tenom, Sabah pada hari penamaan calon Sabtu lepas.

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani berkata, pihak seperti calon dan pengurus kempen perlu peka terhadap perkara itu bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini.

Beliau berkata kejadian sedemikian merupakan contoh situasi penyokong tidak terkawal boleh mengganggu-gugat ketenteraman awam dan merupakan ancaman keselamatan.

"PDRM (Polis Diraja Malaysia) tidak akan berkompromi dalam menangani ancaman yang akan menjejaskan keselamatan dan ketenteraman awam.

"Demi kepentingan orang ramai, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati sengaja melanggar undang-undang,” katanya kepada Bernama.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...

Sumber: BERNAMA
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS