Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

[ARTIKEL PILIHAN] PRU-15: PERMOHONAN PERMIT KEMPEN SECARA “WALKABOUT” HANYA PERLU MOHON SEKALI SAHAJA - PENGARAH JABATAN KDNKA

Kuala Lumpur, 11 November 2022 - Permohonan permit untuk kempen secara “walkabout” hanya perlu dibuat sekali sahaja sepanjang tempoh berkempen dalam kawasan yang ditandingi calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Pengarah Operasi PRU-15 Polis Diraja Malaysia (PDRM), CP Dato’ Sri Hazani Ghazali berkata, perkara di bawah Subseksyen 24B(3) Akta Kesalahan Pilihan Raya (Akta 5) itu ialah bagi kedua-dua kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Beliau berkata, jika kawasan ditandingi calon melibatkan dua atau lebih daerah pentadbiran PDRM, permohonan permit hanya perlu dikemukakan di salah satu Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) yang berkaitan.

“Permohonan permit ini adalah bagi membolehkan PDRM mengambil langkah-langkah yang perlu, bagi memastikan calon dapat berkempen dengan lancar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dato’ Sri Hazani yang juga Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam berkata, calon juga perlu memastikan supaya sebarang pertembungan antara parti politik dapat dielakkan serta tiada provokasi lisan atau fizikal timbul semasa program kempen itu berlangsung.

Beliau berkata, Subseksyen 24B(3) Akta Kesalahan Pilihan Raya (Akta 5) memperuntukkan supaya calon membuat permohonan permit bagi setiap kali penganjuran aktiviti perjumpaan, perhimpunan, pertunjukkan, hiburan atau ucapan awam dan syarahan yang dibuat secara terbuka untuk tujuan kempen semasa pilihan raya.

Sumber: BERNAMA
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS