Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

PRU-15: SLOGAN 'SEDIA BERKHIDMAT' TINGKAT SEMANGAT WARGA PDRM

Kangar, 10 November 2022 - Tugas menjaga keselamatan negara dan ketenteraman awam menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan terlaksana dengan jayanya sekiranya slogan 'Sedia Berkhidmat' terpahat dalam diri setiap warga Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Razarudin Husain berkata, PRU-15 kali ini dianggap lebih mencabar kerana berlaku tatkala negara diramal bakal berhadapan dengan bencana banjir dan dalam masa yang sama, penularan COVID-19 yang masih belum berkesudahan.

Katanya, warga Pasukan perlu sentiasa memahat slogan tersebut walau apa cabaran dan keadaan sekali pun, demi melindungi negara dan rakyat yang tercinta.
"Ini jelas terbukti apabila kita berjaya menghadapi cabaran penularan COVID-19 meskipun tidak pernah berhadapan situasi sama sebelum ini."

"Pastikan juga pegawai dan anggota kita yang terlibat secara langsung dalam penugasan PRU ini diberikan kefahaman sepenuhnya tentang 'the do's and dont's' melibatkan bidang kuasa yang telah diperuntukkan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan lain-lain akta yang diberikan", ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Amanat Timbalan KPN Sempena Taklimat PRU Serta Keperluan Tambahan Sumber Manusia dan Keselamatan Sempadan Semasa PRU-15 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis, pagi tadi.

Dalam sesi taklimat itu, Ketua Polis Perlis, DCP Dato' Surina Saad dan Timbalan Ketua Cawangan Khas Kontinjen Perlis, Superintendan Md Sairol Siron telah menyampaikan taklimat kesiapsiagaan Polis Perlis menghadapi PRU dan bencana banjir serta keselamatan persempadanan negara.

Hadir sama dalam sesi amanat dan taklimat tersebut ialah Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman, SAC Datuk Mohd Sukri Kaman, Ketua Urus Setia KPN (Pasukan Khas Siasatan Bersepadu), SAC Md Nazri Zawawi, barisan Ketua Jabatan IPK Perlis, Ketua-ketua Polis Daerah dan Formasi Kontinjen Perlis.

Tan Sri Razarudin yang dalam rangka lawatan kerja sehari ke Kontinjen Perlis dijangka akan bersua muka dengan warga Polis Kontinjen Sarawak Jumaat ini.

Jurugambar: Inspektor Muhamad Asiff Jamaldin

May be an image of 3 people, people standing and text that says 'POUR IBU PEJABAT POLIS KONTINJEN PERLIS'

May be an image of 9 people and people standing

May be an image of 1 person

May be an image of 1 person, standing and text

May be an image of 7 people, people sitting and people standing

May be an image of 7 people, people standing, people sitting, indoor and text

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS