Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

[ARTIKEL PILIHAN] PRU-15: POLIS SIASAT PELAKON ZUL HUZAIMY

Kuala Lumpur, 14 November 2022 - Polis sudah menerima laporan polis berhubung video pelakon Zul Huzaimy yang mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman dan ugutan.

Sehubungan laporan polis berkenaan, Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian Pendakwaan/Undang-undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman akan menjalankan siasatan.

Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato' Hjh. Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, kes berkenaan akan disiasat mengikut tiga seksyen berdasarkan dakwaan yang dikesan dilakukan pelakon terbabit.

"Siasatan diklasifikasikan di bawah Seksyen 506, Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya.
Sebelum ini Zul dilaporkan mengeluarkan kenyataan yang menyatakan hasratnya untuk menyembelih 'khafir harbi' di Malaysia, menerusi penularan satu video berdurasi 2 minit 20 saat, semasa dalam satu majlis di Kemaman, Terengganu, pada 4 November lalu.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../polis-siasat-pelakon-zul...

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS