Kuala Lumpur, 15 November 2022 - Lebih 6,000 warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman menunaikan tanggungjawab dalam proses pengundian awal Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) di Dewan Badminton Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) dan Mes Pegawai Kanan, di sini.
Mencuri perhatian apabila Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani turut sama membuang undi kira-kira jam 10.20 pagi dengan diiringi Pengarah Pengurusan, CP Datuk Zaini Jass dan Timbalan Pengarah (Gerakan) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, CP Dato' Khaw Kok Chin.
Tan Sri Acryl Sani kemudiannya turun meninjau dua lokasi pusat pengundian iaitu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras dan Markas Briged Tengah, Pasukan Gerakan Am (PGA) dengan jumlah keseluruhan pengundi seramai 2,034 pegawai dan anggota polis.
Turut hadir mengiringi KPN sepanjang pemantauan pusat pengundian awal iaitu Pengarah KDNKA, CP Dato' Sri Hazani Ghazali, Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Dato' Azmi Abu Kassim, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato’ Hjh. Noorsiah Mohd Saaduddin, Timbalan Ketua Polis Selangor, DCP Dato' Sasikala Devi Subramaniam, Timbalan Pengarah (PGA) Jabatan KDNKA, DCP Dato’ Muhammad Abdul Halim, Komander Briged Tengah PGA, SAC Zulkifli Jonit, Komander Pasukan Simpanan Persekutuan, SAC Mohd Said Ibrahim, Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Zam Halim Jamaluddin dan Ketua Komunikasi Korporat PDRM, ACP Skandaguru Anandan.
Proses mengundi awal bermula jam 8.00 pagi tadi melibatkan 113,625 warga PDRM di seluruh Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), IPD dan formasi-formasi yang melibatkan 661 tempat mengundi serta 970 saluran. Selain itu, seramai 5,190 warga PDRM telah membuang undi secara undi pos pada minggu lalu.
Jurugambar: Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid dan Lans Koperal Muhammad Aizat Afiq Kamarudin