Kuala Lumpur, 15 November 2022 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Razarudin Husain turun padang bagi melihat sendiri proses pengundian awal warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Dewan Tan Sri Abdul Rahman Hashim,
Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur sempena Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), di sini, pagi tadi.
Ketibaan Timbalan KPN di perkarangan dewan telah disambut oleh Ketua
Polis Daerah
Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah dan Timbalan Kepolisan Am, PULAPOL Kuala Lumpur, Superintendan Razali Hj. Mohamed Shahid.
Seusai tinjauan tersebut, beliau kemudiannya menuju ke pusat pengundian di Ibu Pejabat Polis Daerah
Sentul dan disambut oleh Timbalan Ketua
Polis Kuala Lumpur, DCP Dato’ Yahaya Othman bersama Ketua Polis Daerah (KPD) Sentul, ACP Beng Eng Lai.
Proses pengundian yang berlangsung di kedua-kedua lokasi tersebut telah berjalan dengan lancar dan sistematik.
Turut sama hadir, Ketua Urus Setia KPN (Pentadbiran) Bukit Aman, SAC Kamaruzaman Abdullah dan Timbalan KPD Sentul, Superintendan Heisham Harun.
Jurugambar: Inspektor Muhamad Asiff Jamaldin dan Lans Koperal Muhamad Izqhar Zainal Ibidin.