Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

[UPDATE ARTIKEL PILIHAN] PRU-15: POLIS RAKAM PERCAKAPAN ZUL HUZAIMY BERKAITAN KENYATAAN BERBAUR PERKAUMAN, UGUTAN

Petaling Jaya, 15 November 2022 - Polis Diraja Malaysia mengesahkan telah merakam percakapan pelakon, Zul Huzaimy berhubung kenyataan didakwa berbaur perkauman dan ugutan dalam ceramah di Terengganu.

Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato' Hjh. Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, pihaknya telah mengambil keterangan pelakon berusia 43 tahun itu pada Isnin lalu.

“Pihak polis masih menunggu laporan dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia bagi melengkapkan kertas siasatan sebelum dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara dalam masa terdekat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, polis mengesahkan pihaknya mengesahkan siasatan dijalankan terhadap pelakon dikenali sebagai Spark di bawah Seksyen 506, Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.utusan.com.my/.../polis-rakam-percakapan-zul.../

Sumber: Utusan Malaysia

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS