Shah Alam, 16 November 2022 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Razarudin Husain hari ini hadir mendengar Taklimat Perkembangan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dan Persiapan Banjir Bagi Kontinjen Selangor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini, pagi tadi.
Ketibaan Tan Sri Razarudin telah disambut oleh Ketua Polis (KP)
Selangor, CP Dato’ Arjunaidi Mohamed bersama
timbalannya DCP Dato’ Sasikala Devi Subramaniam.
Taklimat berkenaan yang berlangsung di Bilik Mesyuarat, IPK Selangor telah disampaikan sendiri oleh Dato’ Arjunaidi diikuti taklimat khas oleh Ketua Cawangan Khas Selangor, SAC Izan Bakri dan Ketua
Polis Daerah Klang Utara, ACP Vijaya Rao Samachulu.
Berucap dalam taklimat tadi, Tan Sri Razarudin menyeru agar semua warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa dalam keadaan siap siaga dan bersedia terutamanya bagi menghadapi bencana banjir dan pasca PRU-15.
Turut hadir, Timbalan Pengarah (Teknikal/Operasi), Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, DCP Dato’ Shukri Abdullah, Ketua Urus Setia KPN (Pentadbiran) Bukit Aman, SAC Kamaruzaman Abdullah, barisan Ketua Jabatan IPK Selangor, Ketua-ketua Polis Daerah dan Formasi Kontinjen Selangor.
Jurugambar: Inspektor Muhamad Asiff Jamaldin dan Lans Koperal Muhamad Izqhar Zainal Ibidin.