Sebaran berita palsu atau tidak sahih oleh pihak tertentu bukan sahaja mampu mendatangkan perasaan panik dalam kalangan masyarakat, malah boleh menggugat keselamatan negara.
Sebagai rakyat Malaysia yang bijak, anda boleh membantu menghentikan perbuatan tidak beretika itu dengan melaporkannya kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
Semakan juga boleh dibuat melalui laman sesawang sebenarnya.my bagi mengetahui kesahihan sesuatu berita yang diterima.
Ingat, tidak pasti jangan kongsi.
Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia