KPWKM dalam kenyataan hari ini, berkata akta itu membabitkan seksyen 1 (tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa), Seksyen 2 (Tafsiran), Seksyen 24 (Pentadbir), Seksyen 25 (Fungsi dan kuasa pentadbir) dan
Seksyen 26 (Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan).
"Akta 840 sudah diluluskan di Dewan Rakyat pada 20 Julai 2022 dan Dewan Negara pada 11 Ogos 2022.
"Akta berkenaan juga sudah diwartakan sebagai Akta baharu pada 18 Oktober 2022 selepas menerima perkenan Yang di-Pertuan Agong," katanya.
Menurut kenyataan itu, Akta 840 mencerminkan komitmen kerajaan yang amat prihatin dan serius dalam menangani serta menghapuskan diskriminasi berasaskan gender terutama gangguan seksual.
"Pembaharuan struktur melalui penggubalan akta baharu ini adalah seiring dengan strategi mempertingkat perlindungan undang-undang serta meningkatkan program kesedaran dan intervensi mengenai hak wanita.
"Ia juga di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas 2021-2025 (RMK-12), selain komitmen negara di peringkat antarabangsa seperti Matlamat Pembangunan Mampan 2030 dan Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW)," katanya.
Bacaan lanjut seperti di pautan berikut,