Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

KPN SEMAT PANGKAT CP SABAH, SAKSI SERAH TERIMA TUGAS JAWATAN TIMBALAN PJP SABAH BAHARU

 
Kota Kinabalu, 2 Mei 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani hari ini menyematkan pangkat Komisioner Polis (CP) kepada Pesuruhjaya Polis (PJP) Sabah yang baharu, Datuk Jauteh Dikun dalam satu majlis yang diadakan di Auditorium Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, di sini.

Datuk Jauteh, 56 tahun, yang memangku jawatan itu sejak bulan lalu selepas CP Dato' Idris Abdullah bersara wajib telah dinaikkan pangkat untuk menerajui Polis Kontinjen Sabah dalam satu arahan pertukaran yang diumumkan oleh Bukit Aman, baru-baru ini.
Sebagai seorang Pegawai Kanan Polis yang berpengalaman luas, anak jati Kota Belud itu pernah menjawat beberapa jawatan penting di Kontinjen Sabah. Antaranya Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil pada tahun 2011 sehingga 2012, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) (2018 sehingga 2021) dan Timbalan PJP Sabah bermula 29 November 2021.

Acara tadi turut bermakna buat warga Polis Kontinjen Sabah apabila diserikan lagi dengan Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Timbalan PJP Sabah di antara Datuk Jauteh dengan penyandang baharu, DCP Shahurinain Jais yang sebelum ini menjawat jawatan sebagai Ketua JSJ IPK Johor. Acara menandatangani dokumen serah terima tugas tadi turut disaksikan oleh Tan Sri Acryl Sani.

Turut berlangsung ialah Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Naib Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Kontinjen Sabah di antara pengerusi baharunya, Datin Nurhayatie Farhana Abdullah dengan suri kepada DCP Shahurinain, Puan Siti Balqis Abdullah. Majlis bersejarah itu disaksikan oleh Pengerusi PERKEP Malaysia, Puan Sri Ir. Zaitun Mohd Isa.

Yang turut hadir, barisan Ketua Jabatan IPK Sabah, Komander Pasukan Briged Sabah Pasukan Gerakan Am, SAC Abdul Rani Alias, Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia, ACP Skandaguru Anandan, ahli-ahli PERKEP dan rakan-rakan media.

Jurugambar: Lans Koperal Muhammad Aizat Afiq Kamarudin

May be an image of 3 people, dais and text

May be an image of 2 people, dais and text

May be an image of 6 people, dais and text

May be an image of 3 people, headscarf, dais and text that says 'SAKSI'

May be an image of 3 people, dais and text that says 'VEGA PENYERAH TE SAKSI m T PENERIMA'

May be an image of 3 people, dais and text that says 'VEGA PENYERAH SAKSI PENERIMA'

May be an image of 5 people and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS