Terima kasih kepada pemilik akaun Facebook ‘Zulfarah Rio Kasih' atas penghargaan beliau kepada ASP Zaini Mohamed Piah, Inspektor Safrizi Habeh, Sarjan Rizalmi Omar dan Koperal Zulkifli dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman serta anggota dari Cawangan Pengangkutan Kem Komandan Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia kerana telah membantu mempermudahkan urusannya yang mengalami kehabisan minyak kenderaan di
Jalan Parlimen menghala ke Bukit Aman.
Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat. Semoga kata-kata positif yang diucapkan menjadi pembakar semangat dan menjadi kenangan yang terindah.
Sumber: Facebook Zulfarah Rio Kasih