Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

POSTING PILIHAN: PENGARAH JPJKK ADAKAN KUNJUNGAN KE ATAS PJP SARAWAK

Kuching, 22 Januari 2024 – Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), CP Datuk Wan Hassan Wan Ahmad telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Pesuruhjaya Polis (PJP) Sarawak, CP Dato Mancha Ata bertempat di Bilik Tetamu, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak, di sini, pagi tadi.

Ia bersempena lawatan kerja dan perjumpaan beliau bersama warga JPJKK Kontinjen Sarawak selain memberikan amanat kali pertama kepada warga jabatannya sejak menjawat jawatan sebagai Pengarah JPJKK pada 29 Disember yang lalu.

Hadir sama, Timbalan PJP Sarawak, DCP Datuk Ibrahim Darus, Ketua Penolong Pengarah (Pengurusan Dasar/Sumber) JPJKK Bukit Aman, SAC Saiman Kasran dan Ketua Jabatan Pengurusan Kontinjen Sarawak, SAC Tuan Awang Din Awang Gani.

Sumber: Polis Sarawak

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS