Melaka, 23 Februari 2024 - Pengarah
Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato’ Sri Mohd Kamaruddin Md Din mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Polis (KP) Melaka, DCP Datuk Wira Hj. Zainol Hj. Samah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, hari ini.
Selain mengadakan kunjungan hormat beliau turut mengadakan sidang media berhubung kejayaan JSJN yang diadakan di Mes Pegawai Kanan, IPK
Melaka.
Hadir sama, Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi), JSJN Bukit Aman, DCP Datuk Zainudin Ahmad, Timbalan KP Melaka, SAC Md Nazri Zawawi dan Ketua Penolong Pengarah (Risikan/Perhubungan Antarabangsa), JSJN Bukit Aman, SAC Mohd Rozi Jidin.