Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

#BiarJasaJadiKenangan [VIDEO PILIHAN] OP SELAMAT 22: POLIS TRAFIK BANTU ORANG AWAM MELINTAS JALAN

Walaupun sibuk menjalankan tugas hakiki, Polis Diraja Malaysia sentiasa menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan tanpa mengira waktu dan situasi.
Syabas Sarjan Sazalina Rahaman dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Krai kerana membantu dua orang warga emas yang menaiki basikal melintas jalan raya ketika melakukan tugas mengawal lalu lintas di sekitar KM 69 Jalan Kota Bharu - Gua Musang, Kelantan, pagi tadi.

Sifat yang ditunjukkan anggota tersebut membuktikan warga Sang Saka Biru sentiasa mengambil berat keselamatan orang awam.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS