Melaka, 31 Mei 2024 - Pengarah
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf telah menyempurnakan Majlis Penutupan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) Siasatan Kes Penipuan Dalam Talian National Scam Response Center (NSRC) di Imperial Heritage Hotel, di sini, semalam.
Objektif LDP tersebut diadakan bagi memberi pendedahan kepada Pegawai Penyiasat
JSJK tentang peranan penguatkuasa dalam NSRC selain mempelajari aspek perundangan dalam penyiasatan sehingga pertuduhan dilakukan.
Kursus yang bermula pada 29 Mei itu melibatkan seramai 40 peserta yang terdiri daripada pegawai kanan dan anggota dari IPK Melaka.
Hadir sama, Ketua JSJK IPK Melaka, Superintendan Sundra Rajan Ellumalai.