Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

KPN TERIMA KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH JSJ KEMENTERIAN KESELAMATAN AWAM, REPUBLIK RAKYAT CHINA

 
Kuala Lumpur, 10 Disember 2024- Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Kementerian Keselamatan Awam, Republik Rakyat China, Mr. Mao Yin bersama Atase Polis Kedutaan Republik Rakyat China ke Malaysia, Mr. Li Xian Feng di Bilik Tetamu KPN, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, di sini, pagi tadi.

Pertemuan tersebut diadakan bagi mempertingkatkan hubungan dan kerjasama PDRM dengan pihak berkuasa Republik Rakyat China khususnya dari aspek kepolisan.

Hadir sama, ACP Bahagian Siasatan Khas Jenayah Pengubahan Wang Haram, Urus Setia Ketua Polis Negara Bukit Aman, ACP Foo Wei Min bersama wakil Jabatan Siasatan Jenayah Republik Rakyat China.

Jurugambar: Lans Koperal Bryanlie Mustin

May be an image of 5 people, dais and text

May be an image of 4 people, dais, the Oval Office and text

May be an image of 1 person, dais, the Oval Office and text

May be an image of 2 people, the Oval Office and text

May be an image of 5 people, dais, the Oval Office and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS