Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

KPN BERSAMA KETUA MENTERI MELAKA ADAKAN ZIARAH KEBAJIKAN KE ATAS PESARA POLIS

Melaka, 15 Disember 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh mengadakan ziarah kebajikan ke atas beberapa pesara polis di sini, pagi tadi sempena Program Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bersama Kerajaan Negeri Melaka.

Ziarah dimulakan dengan menyantuni pesara polis, Sub Inspektor (SI) Hjh. Robiah Abdullah, 72 tahun yang menetap di Kampung Sungai Tuang, Masjid Tanah, Alor Gajah. Beliau yang menderita sakit tulang belakang begitu terharu dengan kunjungan tersebut terutama daripada pemimpin tertinggi Pasukan.

Tan Sri Razarudin bersama Datuk Seri Utama Ab Rauf seterusnya menziarahi pasangan pesara polis, SI Hj. Musa Baba, 73, dan isteri, Sarjan Mejar (SM) Hjh. Munah Haseran, 72, di kediaman mereka di Jalan Bidara Permai, daerah sama. Pasangan itu masing-masing menderita sakit saraf dan kurang daya ingatan.

Ziarah kebajikan tadi diakhiri dengan menyantuni keluarga pesara polis, Allahyarham SM Ibrahim Hj. Jaafar di Lorong Haji Kechut, Kampung Pinang. Dalam ketiga-tiga kunjungan tersebut, Tan Sri Razarudin turut menitipkan doa dan kata-kata semangat serta sokongan moral buat para pesara dan ahli keluarga mereka. Beliau juga berbesar hati menyampaikan sumbangan sebagai tanda penghargaan dan kebajikan buat warga PDRM.

Seusai itu, Tan Sri Razarudin bersama Datuk Seri Utama Ab Rauf meneruskan aktiviti dengan melawat ke Balai Polis Masjid Tanah dan disambut mesra oleh Ketua Polis Balai, SI Abdul Rani Harun. Selain menyantuni warganya, kedua-dua mereka turut meninjau keadaan berek dan kawasan sekitar balai berkenaan.

Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Melaka, SAC Datuk Md Nazri Zawawi, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Arshad Abu dan barisan Exco Kerajaan negeri.

Jurugambar: Koperal Irfan Bujang dan Konstabel Muhammad Azri Sabri

May be an image of 6 people, dais and text

May be an image of 4 people, headscarf, dais and text

May be an image of 5 people and text

May be an image of 6 people and text

May be an image of 6 people and text

May be an image of 9 people, dais and text

May be an image of 3 people, headscarf, dais and text


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS