Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

KPN HADIR MESYUARAT KHAS PELAKSANAAN OPERASI AKPS BILANGAN 1/2025

Putrajaya, 13 Januari 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain menghadiri Mesyuarat Khas Operasi Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) Bilangan 1 Tahun 2025 di Dewan Persidangan ICU, Bangunan Perdana Putra, di sini, pagi tadi.

Mesyuarat yang bermula sekitar jam 11.00 pagi tadi telah dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar dan turut dihadiri oleh Ketua Pengarah AKPS, CP Dato’ Sri Hazani Ghazali.

Antara input yang dibincangkan adalah pengesahan minit mesyuarat lepas, pembentangan daripada wakil-wakil jabatan dan agensi berkaitan pengoperasian AKPS serta perkara-perkara berbangkit yang memerlukan keputusan ahli mesyuarat.

Hadir sama, Peguam Negara, Dato' Mohd Dusuki Mokhtar, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara, Raja Dato’ Nurshirwan Zainal Abidin, Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Awang Alik Jeman, barisan Timbalan KSU KDN dan Ketua-ketua jabatan, agensi serta kementerian.

Jurugambar: Lans Koperal Muhammad Khairul Hilmi Zaini dan Konstabel Muhammad Azri Sabri.

May be an image of 1 person and text

May be an image of 8 people and text

May be an image of 4 people, dais and text

May be an image of 2 people and text

May be an image of 8 people, the Oval Office and text

May be an image of 9 people and text

May be an image of 2 people and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS