Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

POSTING PILIHAN: PENGARAH PENGURUSAN RASMI MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM SEMINAR KENEGARAAN MALAYSIA MADANI PDRM KONTINJEN KELANTAN


Pasir Mas, 25 September 2025 - Pengarah Pengurusan, CP Dato' Sri Abdul Aziz Abdul Majid hadir merasmikan Majlis Penutupan Program Seminar Kenegaraan Malaysia Madani Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Kelantan yang berlangsung di Dewan Ketua Polis Negara, Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas, semalam.

Program anjuran Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Pejabat Perdana Menteri Negeri Kelantan dengan kerjasama PDRM Kontinjen Kelantan ini merupakan siri penutup selepas penganjuran di semua kontinjen dan Ibu Pejabat Polis Negeri yang sebelum ini melibatkan lebih 6,000 warga PDRM di seluruh negara.

Seminar ini berjaya memberi pendedahan bermakna kepada warga PDRM serta menjadi wadah aspirasi dalam memperkukuh semangat kenegaraan selaras dengan agenda Malaysia MADANI.

Turut hadir, Ketua Polis Kelantan, CP Dato' Hj. Mohd Yusoff Mamat, Timbalan Pengarah Pengurusan (Dasar Sumber Manusia), Bukit Aman, DCP Mohd Asri Md Akhir, barisan pegawai AKM dan barisan pegawai PDRM.

Sumber: Akademi Kenegaraan Malaysia, Negeri Kelantan

No photo description available.

May be an image of 9 people and text

May be an image of 1 person and dais

May be an image of 6 people and text

May be an image of 1 person, dais and text


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS