Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

TIMBALAN KPN IRINGI MDN TINJAU LOKASI BAKAL ONE STOP CENTRE NSRC - PERKUKUH USAHA BANTERAS PENIPUAN

 
Cyberjaya, 30 September 2025 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin PitchayAyob Khan Mydin Pitchay mengiringi Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail meninjau lokasi bakal Pusat Sehenti (One Stop Centre) Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) di Menara 2, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, di sini.

Lawatan selama kira-kira dua jam itu turut disertai sesi taklimat mengenai persediaan pengoperasian pejabat NSRC yang bakal ditempatkan di tingkat 17 dan 18 bangunan berkenaan.

Sebelum ini, NSRC beroperasi di Bank Negara Malaysia sebagai pusat koordinasi awal aduan penipuan. Pemindahan ke Cyberjaya dengan konsep Pusat Sehenti bertujuan memperluas peranannya untuk menerima aduan, menyelaras siasatan antara agensi serta mempercepat tindakan terhadap sindiket penipuan kewangan.

NSRC turut diperkukuh dengan penyertaan dua agensi baharu iaitu Suruhanjaya Syarikat Malaysia di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup serta Suruhanjaya Sekuriti.

Kerjasama strategik tersebut dijangka mempercepat proses pengesanan, penyiasatan dan tindakan penguatkuasaan, sekali gus melindungi orang ramai daripada kerugian akibat jenayah penipuan yang semakin berleluasa.

Turut hadir, Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Awang Alik Jeman, Timbalan KSU (Keselamatan) KDN, Dato’ Hj. Abdul Halim Hj. Abdul Rahman dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato’ Rusdi Mohd Isa.

Jurugambar: PDRM RMP TV

May be an image of 8 people and text

May be an image of 9 people and text

May be an image of 4 people

May be an image of 3 people

May be an image of 4 people and text

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS