Putrajaya, 12 Januari 2026 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail menghadiri Mesyuarat Pasca Kabinet Kementerian Dalam Negeri (KDN) Bilangan 1 Tahun 2026 di Bilik Mesyuarat Perkasa, Kompleks Setia Perkasa, KDN, di sini, petang tadi.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri
Saifuddin Nasution Ismail turut dihadiri Ketua Setiausaha (KSU) KDN, Datuk Dr. Awang Alik Jeman.
Mesyuarat pertama bagi tahun ini diadakan bagi membincangkan hala tuju serta perancangan strategik KDN bersama agensi-agensi di bawahnya sepanjang tahun, selain meneliti isu-isu semasa yang memerlukan penyelesaian bersama khususnya dalam aspek keselamatan dan ketenteraman awam negara.
Hadir sama, barisan Timbalan KSU KDN, Komander Eastern Sabah Security Command, DCP Datuk Victor Sanjos dan para pegawai kanan jabatan serta agensi di bawah KDN.