Op Naga bermula dengan mesyuarat peringkat tertinggi, diikuti penubuhan pasukan khas serta pengaktifan operasi di Zon Barat dan Zon Timur. Inisiatif ini kemudiannya berkembang sebagai satu operasi bersepadu bagi membanteras pencerobohan, jenayah rentas sempadan serta pelbagai ancaman di perairan negara.
Melalui Perintah Operasi Bersepadu Op Naga, pelaksanaan penguatkuasaan kini diselaras secara menyeluruh bersama agensi keselamatan dan penguat kuasa berkaitan, selaras dengan usaha berterusan mempertahankan kedaulatan maritim Malaysia.