Putrajaya, 19 Februari 2026 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail menghadiri Perjumpaan Perdana Menteri, Dato’ Seri
Anwar Ibrahim bersama warga
Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Ihya’ Ramadan yang berlangsung di Auditorium, Kompleks Setia Perkasa, di sini, pagi tadi.
Program itu sebagai wadah bagi memperkukuh semangat kebersamaan, menyantuni warga kementerian serta menyampaikan amanat kepimpinan tertinggi negara dalam menggerakkan agenda reformasi, pengukuhan keselamatan dalam negara dan pemerkasaan nilai MADANI dalam perkhidmatan awam.
Dalam ucapannya, Dato’ Seri Anwar menyeru agar seluruh penjawat awam terus memantapkan disiplin diri dan memanfaatkan keberkatan Ramadan untuk meningkatkan keupayaan dalam pelbagai bidang.
Beliau turut menekankan kepentingan penghayatan nilai-nilai murni, pembentukan akhlak yang baik dan usaha berterusan bagi mempertingkatkan prestasi dalam melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan.
Terdahulu, Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid bersama para hadirin mengikuti tazkirah Ramadan bertajuk “Madrasah Islah” yang disampaikan oleh
Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Sahibus Samahah Tuan Hj. Ahmad Fauwaz Ali @ Fadzil. Pengisian tazkirah tersebut menyentuh aspek kekuatan minda dalam menahan lapar dan kepentingan pengurusan masa sepanjang bulan Ramadan.
Turut hadir, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri
Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha (KSU) Perbendaharaan Kementerian Kewangan, Datuk Johan Mahmood Merican, KSU KDN, Datuk Dr. Awang Alik Jeman, barisan Timbalan KSU KDN, Timbalan KPN, DIG Tan Sri
Ayob Khan Mydin Pitchay serta barisan Pengarah dan Timbalan Pengarah Polis Diraja Malaysia.
Jurugambar: Lans Koperal Bryan Mustin dan Konstabel Syed Muhammad Hafiz Syed Alwi.