Ikuti sedutan rakaman Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato' Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail mengadakan lawatan kerja rasmi ke Pejabat Sekretariat ASEANAPOL di Menara Kembar Bank Rakyat, Kuala Lumpur pada 6 April 2026.
Dalam lawatan tersebut, Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid turut mendengar taklimat pembentangan mengenai perkembangan terkini serta hala tuju transformasi sekretariat ke arah menjadi hab kepolisan serantau yang lebih berorientasikan pelaksanaan operasi yang disampaikan oleh Police Senior Colonel Dr. Kongkrissada Kittithiraphong.
Sumber TikTok: PDRMsia_Official
Juruvideo: Lans Koperal Muhammad Adzha Ahmad Zulkopli