Kajang, 19 April – Penjara Kajang hari ini menjadi medan pertemuan pelbagai agensi dan jabatan di bawah payung Kementerian Dalam Negeri (KDN) dengan berlangsungnya Program Karnival Keluarga 1KDN 2014.
Majlis yang dirasmikan oleh YB Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ini telah berlangsung meriah dengan pengisian pelbagai acara kekeluargaan seperti sukaneka, Bayi Comel, Kilauan Vokal, Ukiran Buah, tarik tali dan cabutan bertuah.
Program yang mengisi kalendar KDN saban tahun ini menjadi tali penghubung setiap jabatan untuk saling beramah mesra tanpa mengira warna atau corak pakaian seragam yang mambalut tubuh warganya setiap hari selain membina semangat setiakawan dan persaingan secara sihat.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada Jabatan Penjara Malaysia diatas kejayaan menjadi tuan rumah kepada program seumpama ini dan diharapkan kejayaan ini menjadi tanda aras kepada jabatan lain yang bernaung dibawah payung KDN untuk menjadi tuan rumah yang berjaya pada tahun-tahun berikutnya.
Ketibaan YB Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi , Menteri Dalam Negeri
YB Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi , Menteri Dalam Negeri bersama ahli keluarga.
YB Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi , Menteri Dalam Negeri menyampaikan ucapan perasmian.
Gimik pelancaran.
Rumah Unggu (Mutiara)
Rumah Hijau. (Zamrud)
Rumah Kuning. (Intan)
Rumah Biru (Nilam)
Rumah Merah (Delima)
Acara memaskan badan... Senaman erobik.
Persembahan Atlet-atlet Bina Badan PDRM
YB Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi , Menteri Dalam Negeri beramah mesra bersama peserta-peserta program.
Sekitar program berlangsung.
Pemenang acara keseluruhan.
Pemenang hadiah utama , sebuah kereta Viva