| Kuala
Lumpur - 26 Jun 2008. Koperasi Polis Diraja Malaysia (KPD) mengumumkan
agihan dividen sebanyak 5% kepada ahlinya pada Mesyuarat Agung
Perwakilan Tahunan Ke 73 di Kuala Lumpur International Hotel (KLIH),
Kuala Lumpur. "Suruhanjaya
Koperasi Malaysia (SKM), telah meluluskan agihan dividen sebanyak 4%
atas modal yuran dan 1% atas modal syer. Jumlah keseluruhan bayaran
dividen adalah sebanyak RM10.65 juta". Kata
Dato' Amir Sulaiman Pengerusi Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad
ketika berucap di Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan
Koperasi PDRM Berhad Ke 73 yang dirasmikan oleh YDH Tan Sri Dato' Seri
Musa Dato Hj. Hassan Ketua Polis Negara merangkap Yang DiPertua Koperasi
Polis Diraja Malaysia Berhad. Tambah
Dato' Amir lagi, dalam tahun 2007, Koperasi telah mencatat keuntungan
sebelum pembahagian berkanun dan cukai sebanyak RM31.12 juta,
peningkatan sebanyak 13.5% berbanding dengan RM26.9 juta pada tahun
2006. "Aset
Koperasi dalam tahun 2007 telah meningkat dari RM393.55 juta pada tahun
2006 kepada RM408.5 juta. Ianya meningkat sebanyak 3.7%". ujar Dato
Amir Sulaiman. Jumlah keanggotaan Koperasi pada tahun berakhir 2007 adalah seramai 85,868 orang iaitu penambahan 2,300 orang. "Dengan
jumlah keanggotaan Koperasi, sebanyak RM265.3 juta modal yuran telah
dicarum oleh anggota dan RM16.65 juta modal syer telah diterima oleh
Koperasi", tambah Dato Amir lagi. Pada
majlis itu juga Dato' Amir memohon kerjasama daripada para perwakilan
agar menghebahkan kepada anggota Koperasi beberapa perkara yang perlu
diambil berat iaitu mengemaskini alamat tempat tugas dan tempat tinggal,
memperbaharui penama atau waris, perubahan syarat pengeluaran 80% iaitu
had minimum RM2.000 mesti ada dalam simpanan anggota setelah
pengeluaran 80% dibuat, potongan 'up front sebanyak 2 bulan apabila
pinjaman diluluskan dan borang bantuan pelajaran yang lewat dihantar
tidak akan dilayan. Menurut
Dato' Amir bantuan pelajaran hanya salah seorang daripada ibu atau bapa
yang menjadi anggota Koperasi layak memohon bantuan tersebut. 
Dato'
Mohd Amir Sulaiman Pengerusi Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad
menyampaikan sumbangan Koperasi kepada YDH Tan Sri Dato' Seri Musa Dato
Hj. Hassan Ketua Polis Negara untuk Tabung Kebajikan PDRM. |