Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

KOPERASI PDRM SAMPAIKAN SUMBANGAN

Oleh: SJN Zaiddin bin Dahalan
Jurufoto: KPL Mohd Shareel Bin Shahriman

Kuala Lumpur, 21 Ogos - Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad telah menganjurkan Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri Tahun 2013 di Kuala Lumpur International Hotel, milik Koperasi PDRM pada tengahari tadi.

Majlis diserikan dengtan kehadiran YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara dan YDH Puan Sri Datin Sri Imran binti Ibrahim, Pengerusi PERKEP Malaysia.

Sambil menjamu selera dengan juadah yang enak, majlis ini juga menjadi wardah untuk mengeratkan silatulrahim sesama ahli sambil bermaaf-maafan sempena bulan syawal ini.

Di majlis ini juga, Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad telah menyampaikan sumbangan berjumlah RM30,000.00 kepada tabung Kebajikan PDRM dan RM10,000.00 kepada PERKEP Malaysia. 

Tidak ketinggalan juga, Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad, yang diwakili oleh Ketua Polis Negara dan isteri turut menyampai 'duit raya' kepada anak-anak yatim dari 5 buah balai sekitar Kuala Lumpur.

Hadir dimajlis tersebut ialah Y.Bhg Dato' Mohd Amir bin Sulaiman, Pengerusi Koperasi Polis Diraja Malaysia, Encik Anuar Bashah bin Haji Mohd Sohore, Setiausaha Koperasi, Ahli-ahli Lembaga Koperasi serta kakitangan, Pegawai dan anggota PDRM.


YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara bersama YDH Puan Sri Datin Sri Imran binti Ibrahim, Pengerusi PERKEP Malaysia dan Y.Bhg Dato' Mohd Amir bin Sulaiman, Pengerusi Koperasi Polis Diraja Malaysia.


Sumbangan RM30,000.00 kepada Tabung Kebajikan PDRM.


Sumbangan RM10,000.00 kepada PERKEP Malaysia.


Antara tetamu yang hadir.


Antara tetamu yang hadir.


Antara gerai makanan.


Antara gerai makanan.


Sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim.


Sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim.


Sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim.


Sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim.
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS