Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

PDRM, KKM KONGSI IDEA MANTAPKAN MEDIA SOSIAL AGENSI MASING-MASING

 Kuala Lumpur, 11 Jun – Media sosial merupakan medium perhubungan penting bagi jabatan kerajaan kepada masyarakat hari ini untuk mendapatkan maklumat serta perkembangan terbaru dari sumber yang tepat dan pantas.

Menyedari hakikat ini, Pasukan Media Sosial, Unit Komunikasi Korporat( UKK) Kementerian Kesihatan Malaysia yang diketuai oleh Puan Hapsah Binti Mohd Dusa, Ketua Komunikasi Korporat, Kementerian Kesihatan Malaysia telah melakukan lawatan kerja ke Komunikasi Korporat, Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mendapatkan pendedahan, pengetahuan dan matlamat pengendalian media sosial di dalam PDRM.

Satu penerangan terperinci berkaitan portal dan media sosial PDRM telah disampaikan oleh Ketua Unit Portal Dan Media Sosial PDRM, ASP Norsuzila Kamaruldin serta dibawa melawat warga kerja Komunikasi Korporat PDRM untuk melihat sendiri perjalanan unit tersebut secara langsung.

Turut hadir Penguasa Komunikasi Korporat, Ketua-Ketua Unit Komunikasi Korporat dan pegawai kanan Komunikasi Korporat PDRM.



Pn. Hapsah Binti Mohd Dusa, Ketua Komunikasi Korporat, Kementerian Kesihatan Malaysia mendengar penerangan yang disampaikan.



Sesi penyampaian cenderamata.


Pn. Ariah Judah, Pegawai Kanan Perhubungan Awam, Kementerian Kesihatan Malaysia bersama ASP Norsuzila Kamaruldin, Ketua Unit Portal Dan Media Sosial PDRM.


Sekitar lawatan berlangsung.


Sesi bergambar kenangan.
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS