Kuala Lumpur, 5 Jun – Kesedaran masyarakat berkenaan jenayah global masa
kini menjadi keutamaan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam
memastikan masyarakat berada dalam keadaan selamat sekaligus pelbagai
aktiviti tidak bermoral yang merentas sempadan dapat dibanteras dengan
lebih berkesan.
Dalam
mencapai misi dan visi sebagai pasukan keselamatan di negara ini, PDRM
telah melancarkan kempen kesedaran global "Turn Back Crime" di Dewan
Theatrette Menara 1, Bukit Aman yang telah dirasmikan oleh YDH Pengarah
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Dato' Sri Mortadza Nazarenne, yang
mewakili Ketua Polis Negara pagi tadi.
Dalam
ucapan ringkas beliau menyatakan bahawa objektif kempen yang dijalankan
adalah mewujudkan kesedaran disamping mengeratkan hubungan antara
negara-negara terlibat serta menggalakkan masyarakat menyalurkan
maklumat kepada pihak berkuasa.
Kempen
tersebut merupakan inisiatif INTERPOL General Sacetariat semasa
persidangan ke-10 Head of National Central Bureaus (NCB) yang diadakan
di Lyon, Perancis pada 2 hingga 4 April lalu dan pada hari ini dengan
kerjasama 190 buah negara termasuk Malaysia ia dilancarkan.
Selain
meningkatkan kesedaran masyarakat berkenaan bahaya jenayah terancang,
kempen "Turn Back Crime" turut mempromosi peranan INTERPOL dalam
pembanterasan jenayah seterusnya mencapai matlamat utama iaitu meraih
sokongan masyarakat kepada badan kepolisan antarabangsa dalam menjayakan
misi untuk menjadikan dunia lebih selamat.
Ketibaan YDH Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Dato' Sri Mortadza BIN Nazarenne.
YDH Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Dato' Sri Mortadza Nazarenne menyampaikan ucaptama perasmian.
YDH Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Dato' Sri Mortadza bin Nazarenne melancarkan gimik perasmian.
Antara yang hadir.
YDH Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Dato' Sri Mortadza bin Nazarenne melawat sekitar ruang pameran.