Oleh : Kpl Edwind Indo Foto : Konst Shazril WARIS LANS KOPERAL MOHD AZUAN TERIMA SUMBANGAN MCPF
Bukit Aman, 11 Julai – Sebagai menghargai jasa dan pengorbanan Allahyarham Lans Koperal Mohd Azuan Abdullah yang maut ketika menjalankan tugas, 'Malaysian Crime Prevention Foundation' (MCPF) Kuala Lumpur berbesar hati menyumbangkan wang tunai berjumlah RM10,000 kepada waris mangsa dalam satu majlis yang diadakan di sini, petang tadi.
Presidennya Y.Bhg Dato' Seri William Lim berharap semoga sumbangan tersebut dapat membantu sedikit sebanyak beban keluarga Allahyarham dan juga sebagai memberi sokongan moral kepada mereka.
Ketua Polis Negara YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar mewakili keluarga Mohd Azuan telah menerima sumbangan tersebut.
Turut sama hadir ialah Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Y.Bhg Tan Sri Datuk Seri Lee Lam Thye, Ahli-ahli Exco MCPF dan warga kerja Bukit Aman.
Mengimbas kembali kejadian Mei lalu, Mohd Azuan, 25, dari Unit Rondaan Bermotosikal Bagan Serai meninggal dunia di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan parah di kepala selepas dirempuh sebuah kereta yang dinaiki oleh penjenayah.
Turut sama ialah Tan Sri Datuk Seri Lee Lam Thye, Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah, warga kerja Bukit Aman dan Ahli-ahli Exco MCPF.

Ketibaan Ketua Polis Negara, YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar

Majlis penyerahan sumbangan oleh Y.Bhg Dato' Seri William Lim Presiden MCPF

Majlis penyampaian cenderahati kenangan

Ucapan Y.Bhg Dato' Seri William Lim Presiden MCPF

Ucapan Ketua Polis Negara, YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar

Ketua Polis Negara bersalaman dengan yang hadir