Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

68 PEGAWAI DAN ANGGOTA PDRM BERLEPAS KE UKRAINE MALAM TADI

Disediakan Oleh: L/kpl Mohd Helmi bin Saadin

68 PEGAWAI DAN ANGGOTA PDRM BERLEPAS KE UKRAINE MALAM TADI

Sepang, 31 Julai - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengetuai sepasukan 68 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari pelbagai unit untuk bersama pasukan keselamatan antarabangsa bagi melakukan siasatan lanjut dan menemui Presiden Ukraine Petro Poroshenko untuk mengemukakan surat rasmi daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Surat berkenaan menyatakan rasa penghargaan kerajaan Malaysia di atas kerjasama dan bantuan yang diberikan oleh Ukraine apabila membenarkan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) berada di tapak nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terhempas dan mengorbankan 298 penumpang dan 15 anak kapal di timur negara berkenaan baru-baru ini," ujar beliau.

Delegasi tersebut turut disertai oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar .

"Tujuan PDRM ke Ukraine adalah bagi mengawal lokasi nahas dan mengumpul bahan bukti termasuk barangan peribadi milik mangsa, serpihan bahagian pesawat dan cebisan tulang mangsa. 

"Semua anggota pasukan diminta menggunakan peralatan keselamatan termasuk baju kalis peluru, topi balistik dan topeng keselamatan ketika berada di lokasi nahas," ulas Ketua Polis Negara.

Beliau turut menasihati pegawai dan anggota yang terlibat supaya menjalankan amanah yang diberikan dengan sebaik mungkin selain menjaga disiplin dan nama baik pasukan.

Timbalan Pengarah PGA Jabatan KDN/KA, Dato' Mohd Fuad bin Abu Zarim selaku Ketua Kontinjen PDRM akan berada di Kiev, Ukraine sepanjang proses penyiasatan dijalankan.


Ahli keluarga menemani pemergian suami tercinta


Antara mereka yang akan berlepas ke Ukraine


Antara mereka yang akan berlepas ke Ukraine


Antara mereka yang akan berlepas ke Ukraine


Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid bin Abu Bakar ketika memberi ucapan


Antara mereka yang akan berlepas ke Ukraine


Antara ahli keluarga yang tidak dapat menahan air mata ketika menemani suami berlepas ke Ukraine


Antara tetamu kehormat yang hadir


Antara tetamu kehormat yang hadir


Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar beramah mesra dengan pegawai dan anggota yang akan berlepas ke Ukraine


Bergambar kenangan sebelum berlepas


Bergambar kenangan sebelum berlepas


Bergambar kenangan sebelum berlepas


Bergambar kenangan sebelum berlepas


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar ketika sidang media


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar ketika sidang media


Antara pihak media yang hadir


Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar sebelum berlepas ke Ukraine
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS