Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

BUAT LAPORAN POLIS MESKIPUN KES KECIL

Dungun, 27 Ogos - Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustapa meminta orang ramai khususnya penduduk kampung agar membuat laporan polis meskipun ia hanya melibatkan kes kecurian kecil di kawasan mereka.
Beliau berkata jika tidak dilapor, ia boleh membawa kepada perbuatan jenayah lebih besar.
"Walau kes kecil seperti kecurian kasut, kita tetap kena ambil serius. Mungkin pada asalnya penjenayah hanya mahu mencuri kasut. Tapi bila lihat pintu rumah tidak berkunci, mereka tidak akan melepaskan peluang yang terhidang," katanya kepada Bernama.
Jamshah berkata jika tiada laporan dibuat, pihak polis akan menganggap kawasan berkenaan adalah bebas jenayah dan selamat.
"Bila ada maklumat dan laporan, kita dapat membuat rondaan dan pemantauan di kampung terbabit sekali gus dapat mengurangkan kadar jenayah," katanya.
Beliau berkata beberapa program yang dilaksana bersama masyarakat seperti 1Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung serta 1Polis dan 1Masjid, dapat mengurangkan kadar jenayah di Terengganu.- BERNAMA
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS