Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

JIPS: KE ARAH PEMANTAPAN INTEGRITI PDRM

Bukit Aman, 19 Sept – “Penubuhan Jabatan Integriti Dan Pematuhan Standard (JIPS) diharapkan dapat mengubah kedudukan PDRM daripada ‘agensi yang berisiko tinggi’ untuk terlibat di dalam kegiatan rasuah kepada ‘agensi yang paling selamat’ atau berisiko rendah dalam gejala tersebut,” demikian antara amanat yang disampaikan oleh Pengarah JIPS, Dato’ Zubaidah Md. Ismail, hari ini.

Berucap sempena Majlis Perjumpaan dan Amanat Pengarah Jabatan Integriti Dan Pematuhan Standard (JIPS) bersama Pegawai Turus Tatatertib, Ketua Baka Peringkat Kontinjen, Briged dan Formasi di Dewan Theatrette, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, beliau turut mensasarkan pemantapan integriti warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) seiring tugas yang dilaksanakan dengan mematuhi standard yang telah ditetapkan.

Selain itu, JIPS akan diperkasakan dengan beberapa tingkat pelaksanaan melibatkan pelarasan semula perjawatan peringkat kontinjen dan daerah, penambahbaikan sistem yang digunapakai oleh Cawangan Tatatertib dan Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA), penyusunan semula program latihan ke atas pegawai JIPS, pertambahan program anjuran BAKA, peningkatan kerjasama bersama lain-lain agensi kerajaan, mengadakan Kursus Pegawai Integriti Bertauliah (CEIO), mewujudkan Perintah Tetap Ketua Polis Negara (PTKPN) baru untuk JIPS serta pemilihan pegawai JIPS yang berlatarbelakangkan pendidikan agama untuk jawatan di BAKA.

Program pada hari ini turut disusuli dengan satu sesi dialog bersama pimpinan-pimpinan tertinggi JIPS.

Turut hadir pada hari ini ialah Timbalan Pengarah JIPS (Integriti), Dato’ Abdul Ghafar Rajab dan Timbalan Pengarah JIPS (Pematuhan Standard), Dato’ Ahmad Sofian Md. Yassin.


Pimpinan utama JIPS...


Antara yang hadir...


Amanat daripada Pengarah JIPS...


Timbalan Pengarah JIPS (Integriti), Dato’ Abdul Ghafar Rajab...


Timbalan Pengarah JIPS (Pematuhan Standard), Dato’ Ahmad Sofian Md. Yassin....


Sesi dialog...


Sesi bergambar kenangan...
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS