Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

KUNJUNG HORMAT TERAKHIR NG JOO HEE SEBAGAI KETUA POLIS SINGAPURA

Oleh : Kpl Aslam Syir Khan
Penyunting : Kpl Edwind Indo

Bukit Aman , 29 Oktober – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menerima satu kunjungan hormat dari Commissioner Of Singapore Police Force (SPF), Mr. Ng Joo Hee, tengahari tadi.

Kunjung hormat yang merupakan kali terakhir buat Ketua Polis Singapura itu disambut mesra oleh Ketua Polis Negara, Inspektor Jeneral YDH Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar di Pejabat Ketua Polis Negara, Menara 1, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, sebagai tanda hubungan dua hala dengan pasukan keselamatan itu.

Mr. Ng Joo Hee akan menamatkan perkhidmatan pada Januari tahun hadapan dan diganti oleh DCP II SPF, Mr. Hoong Wee Teck.



Sekitar kunjungan hormat


Majlis penyampaian cenderahati kenangan


Majlis penyampaian cenderahati kenangan


Majlis menandatangani buku pelawat


Bergambar kenangan bersama Ketua Polis Negara, YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS