Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

APLIKASI ‘PDRM HRMIS MOBILE’ RAIH ANUGERAH MSC

Kuala Lumpur, 30 Okt – Aplikasi ‘PDRM HRMIS Mobile’ telah memenangi bagi kategori ‘Best of e-Government & Public Sector’ dalam Majlis Anugerah Multimedia Super Corridor ( MSC) Malaysia APICTA 2014 yang berlangsung di Auditorium Perdana, Wisma Radio, Angkasapuri, Kuala Lumpur pagi tadi.

Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia Dato’ Jailani Johari kepada Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara, Dato’ Seri Mohamad Fuzi Harun.

Anugerah MSC adalah satu inisiatif yang amat berkesan bagi membantu membangunkan inovasi Information and Communication Technology (ICT) di kalangan usahawan tempatan. 

Justeru itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak ketinggalan menempatkan nama pasukan seiring dengan pembangunan teknologi terkini dengan memperkenalkan aplikasi ‘PDRM HRMIS Mobile’.

Aplikasi ‘PDRM HRMIS Mobile’ merupakan satu program mudah alih yang boleh diakses dengan telefon pintar dan dicapai melalui rangkaian Internet persendirian bagi memudahkan pengguna berkenaan berurusan dalam talian.

Mensasarkan hanya warga PDRM, aplikasi ini boleh dimuat turun melalui ‘Google Play Store’ dan pengguna akan melalui dua peringkat untuk mendaftar.

PDRM juga merupakan jabatan kerajaan yang pertama memperkenalkan aplikasi mobile malah aplikasi ini akan diteruskan dengan penambaikan dari segi capaian, mesra pengguna dan kemudahan yang disediakan untuk digunakan dalam pelbagai urusan pentadbiran PDRM.


YB Dato’ Jailani Johari ketika melawat pameran.


YB Dato’ Jailani Johari bersama YBhg. Dato' Yasmin Mahmood dan Dato’ Seri Mohamad Fuzi bin Harun.


YB Dato’ Jailani Johari ketika memberi ucapan.


Dato’ Seri Mohamad Fuzi bin Harun mewakili PDRM menrima anugerah.


Gambar kenangan bersama para pemenang.
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS