Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

POLIS SABAH TAHAN LELAKI DISYAKI BUNUH KEKASIH


Kota Kinabalu, 30 Okt - Seorang lelaki warganegara Indonesia ditahan di kawasan kebun sayur Masilau, Kundasang, Ranau, kira-kira 130 kilometer dari sini, kerana disyaki membunuh seorang wanita semalam. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah SAC Salehhudin Abdul Rahman berkata lelaki berusia 28 tahun itu ditahan semalam selepas pihak Hospital Ranau memaklumkan tentang kematian seorang wanita pada jam 5.10 petang dipercayai ditikam menggunakan senjata tajam.

"Polis kemudian menjalankan siasatan. Kejadian berlaku di kawasan kebun sayur Masilau, Kundasang. Mangsa merupakan seorang wanita berumur 29 tahun dan warganegara Indonesia," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Salehhudin berkata siasatan awal polis mendapati mangsa adalah kekasih suspek dan pembunuhan dipercayai bermotifkan cemburu. - BERNAMA
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS