Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

PASUKAN KHAS CEGAH KEJADIAN PECAH RUMAH KETIKA MUSIM BANJIR

Kota Baharu, 17 Nov - Polis Kelantan akan menubuhkan pasukan khas bagi mencegah kes pecah rumah ketika musim banjir.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata pasukan itu akan meronda di kawasan-kawasan yang penduduknya berpindah ke pusat pemindahan.

"Rondaan akan dilakukan menggunakan bot, lori dan juga trak," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini, hari ini.

Mazlan berkata orang ramai tidak perlu bimbang untuk meninggalkan kediaman mereka untuk berpindah ke pusat pemindahan.

Tanpa menyebut jumlah anggota yang akan terlibat, Mazlan berkata polis sudah bersiap sedia bagi menghadapi banjir sepanjang musim tengkujuh ini.

"Anggota-anggota polis akan ditempatkan di kawasan-kawasan yang dikenalpasti sering berlaku banjir khususnya di daerah Pasir Mas, Tumpat dan Rantau Panjang.

"Kita juga akan menambah keanggotaan dari semasa ke semasa bergantung kepada keadaan banjir nanti," katanya

Beliau berkata orang ramai yang terlibat dengan banjir perlu segera berpindah ke pusat pemindahan.

"Mangsa banjir perlu berpindah segera. Kita tidak mahu ada nyawa yang terkorban pada musim banjir ini," katanya.- BERNAMA
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS