Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

CUBAAN SELUDUP DADAH MELALUI PERKHIDMATAN KURIER GAGAL

Kuala Lumpur, 18 Nov – Empat cubaan sindiket dadah antarabangsa menggunakan perkhimatan kurier untuk menyeludup masuk barangan tersebut ke negara ini berjaya dipatahkan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, minggu lalu.

Pengarah JSJN CP Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, sebanyak 22 kilogram dadah jenis syabu telah dirampas dan lima warga Nigeria turut ditahan bagi membantu siasatan.

"Sindiket ini menggunakan perkhidmatan kurier untuk membawa masuk dadah yang kemudiannya diedarkan disekitar Lembah Klang.

"Hasil serbuan yang dijalankan di beberapa lokasi sekitar Lembah Klang berjaya merampas dadah yang dianggarkan bernilai RM 2.2 juta, "katanya dalam satu sidang media yang dijalankan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pagi tadi.

Menurut CP Dato' Sri Noor Rashid pelbagai taktik yang digunakan sindiket untuk mengaburi mata pihak berkuasa daripada menemui dadah tersebut antaranya disorok di bawah tempat duduk basikal, katrij mesin pencetak, kotak makanan dan silinder besi.

“Kita percaya dadah yang diseludup ini datangnya dari daerah Guandong, China dan disyaki didalangi oleh sindiket warganegara Nigeria,” jelas Cp Dato' Noor Rashid.

Beliau turut menasihati orang ramai supaya sentiasa berwaspada agar tidak terpedaya dengan helah sendiket dadah antarabangsa yang mungkin cuba menggunakan mereka untuk mengambil sesuatu barangan dari mana-mana syarikat perkhidmatan kurier.


Antara dadah yang dirampas.


Antara dadah yang dirampas.


CP Dato' Sri Noor Rashid menunjukkan cara dadah disembunyikan.
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS