Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

PROGRAM PEMBANGUNAN KENDIRI PERKUKUHKAN SEMANGAT UKHWAH

Bukit Aman, 30 Dis – Dalam mengeratkan hubungan silatulrahim dan pengukuhan semangat ukhwah, satu program anjuran Biro Pendidikan PERKEP, Jabatan Pengurusan Bukit Aman telah diadakan dekat sini petang semalam.

Program Pembangunan Kendiri PERKEP tersebut telah dihadiri lebih kurang 60 peserta dan telah dirasmikan oleh Pengerusi PERKEP Jabatan Pengurusan, Datin Seri Azizah Binti Hamdi.

Pengerusi program dan merangkap Ketua Biro Pendidikan, SAC Dato’ Aishah Binti Muhammad berkata, program ini merupakan salah satu inisiatif ke arah memastikan proses pendidikan secara berterusan serta perkongsian ilmu dikalangan peserta yang terlibat.

Selain intu, program ini turut diisi dengan pelbagai aktiviti seperti Gromming Session, Aplikasi Silver Aura Energy dan Kenali Personaliti Diri. Melalui aktiviti seperti ini, ianya bukan hanya untuk meningkatkan keperibadian serta penampilan diri, malah dapat meningkatkan motivasi dan semangat kerja ke arah peningkatan produktiviti.

Di akhir program ini, telah diadakan sesi penyerahan bantuan dan sumbangan berbentuk barangan-barangan keperluan harian daripada Cawangan Sumber Manusia (MSM) kepada pihak PERKEP, Jabatan Pengurusan Bukit Aman agar dapat disalurkan kepada mangsa-mangsa banjir yang memerlukannya.

Turut hadir dalam program tersebut adalah Datin Zawiyah Binti Abu Hassan, Naib Pengerusi 1, PERKEP Jabatan Pengurusan, Encik Azizurahman Bin Hj. Samian daripada Aura Silver Sdn. Bhd serta Personaliti TV9 iaitu Encik Aminhayat Abd Rahim.


Sekitar program


Penceramah jemputan Encik Azizurahman bin Hj Samian dan Encik Aminhayat bin Abd. Rahim.


Antara yang hadir.


Simbolik penyerahan sumbangan di antara Dato' Aishah binti Mohamad dan Datin Seri Azizah Binti Hamdi.


Gambar kenangan.


Antara barang-barang sumbangan.


Gambar kenangan.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS