Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

SEBAR MAKLUMAT PALSU, SEORANG INDIVIDU DITAHAN BANTU SIASATAN

Shah Alam, 31 Dis - Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan pihak polis telah menahan seorang individu yang disyaki terbabit dalam penyebaran maklumat palsu berkaitan banjir melalui media sosial.

"Dia ditahan dua hari lepas di Kuala Lumpur. Butiran lanjut mengenai penahanan ini saya tidak boleh diberikan, cuma saya nak ingatkan mana-mana individu yang sengaja menyebarkan berita palsu mengenai banjir termasuk menghasut orang ramai untuk marah kepada kerajaan berhubung kejadian ini, akan kita tangkap," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyerahan sumbangan untuk mangsa banjir di Pangkalan Udara Subang dekat sini, hari ini. - BERNAMA
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS