Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

POLIS TERENGGANU TERIMA MPV, KENDERAAN 4X4 DAN SKUTER

Kuala Terengganu, 28 Jan - Polis Terengganu menerima sebanyak 14 buah kereta peronda Polis (MPV) dan lapan buah pacuan empat roda untuk penugasan rondaan di kawasan bandar dan pedalaman.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustapa berkata penambahan aset kenderaan jenis Proton Preve dan Nissan Navara itu akan memperkuatkan lagi barisan hadapan polis.

"MPV yang diterima akan diagihkan ke seluruh daerah ini bagi meggantikan MPV lama yang telah rosak dan ia akan menjadi nilai tambah dalam memastikan keselamatan masyarakat setempat lebih baik," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas  menyerahkan kenderaan berkenaan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Polis Terengganu Datuk Hashim Abd Jalal.

Selain itu katanya, pihaknya turut menerima sebanyak 14 buah skuter untuk digunakan Skuad Aman Wanita (Amanita) bagi rondaan mencegah jenayah. - BERNAMA
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS