Bukit Aman, 28 Jan – Warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mengalami musibah banjir baru-baru ini telah menerima bantuan sebanyak RM70 ribu ringgit daripada Yayasan Pengaman Malaysia. Majlis yang berlangsung di Tingkat 31 Menara 1 Bukit Aman pagi tadi telah disempurnakan oleh bekas Ketua Polis Negara merangkap Pengerusi Yayasan Pengaman Malaysia, Tan Sri Norian Mai dan diterima oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar. Majlis turut disaksikan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim, bekas Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Hussin Ismail dan Tan Sri Najib Abd Aziz merangkap Bendahari Yayasan Pengaman Malaysia.
Paparan dalam sistem ini paling sempurna dengan menggunakan Internet Explorer 8 ke atas dan resolusi skrin 1280 x 800 Disediakan oleh : Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat) dengan kerjasama Bahagian Telekomunikasi dan Sistem Maklumat Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, 50560 Bukit Aman, Kuala Lumpur. Telefon: +603 - 2266 2222 E-mel : rmp[at]rmp[dot]gov[dot]my Bantuan Portal | Peta Laman | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Notis Hakcipta | Penafian | Hakcipta Terpelihara PDRM 2016